Tuesday 29 March 2016

Pesta Buku Utara 2016 (UUM)

Pesta Buku Utara 2016 telah diadakan di depan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia dari 20 Mar 2016 hingga 26 Mar 2016.  Pesta buku ini diadakan untuk memupuk minat pembacaan antara pelajar-pelajar universiti.


Banyak kedai-kedai penjual buku dan syarikat pengedaran buku telah dijemput dan menyertai dalam pesta buku tersebut. Mereka telah membawa pelbagai sumber bacaan dalam gerai buku mereka. Pelbagai jenis buku juga dikenalkan kepada para pelajar sebagai satu peluang supaya pelajar dapat ilmu-ilmu baru yang tidak diajar dalam kelas. Benda-benda bacaan seperti majalah, novel, buku tempatan, buku dari luar negara dan sebagainya. Selain itu, banyak diskaun telah diadakan oleh penjual buku kepada pelajar-pelajar seperti beli 3 buku dengan jumlah RM 50 sahaja. Ia dapat membantu pelajar supaya menjimat dan mendapat ilmu yang lebih banyak.


Pesta buku ini adalah dibuka kepada semua pembaca tanpa mengira bangsa, agama, umur dan kewarganegaraan. Pelajar dari luar negara dan ahli keluarganya juga boleh membeli buku dalam pesta buku ini. Gerai-gerai juga menyediakan buku-buku yang sesuai untuk semua pembaca.


Kesimpulannya, Pesta Buku Utara 2016 memberi banyak faedah kepada ahli-ahli UUM termasuk pelajar-pelajar, pekerja dan sebagainya. Kegiatan ini telah meningkatkan suasana pembacaan dalam UUM.